Mel's Melting Studio

Hi,

Welcome to my page!! As the name suggests, I dedicated this blog to introduce my chocolate creations. Feel free to drop a comment or two..

p.s: This blog might be posted in both Malay, English and 'Manglish'.


Thursday, February 24, 2011

jalan-jalan cari mould part 1

Idea demi idea timbul untuk menghasilkan coklat yg bagus. Bukan sahaja daripada sudut rasa, malahan juga dari sudut rupa. Oleh kerana terdapat minat yang kian membesar dikalangan orang-orang Malaysia dalam penghasilan coklat khususnya di rumah, permintaan untuk bahan asas dan juga 'chocolate mould' kian meningkat. 

Justeru, bagi mendapatkan mould menjadi satu perkara mudah lebih-lebih lagi di sekitar Lembah Klang. Terdapat pelbagai kedai yang menjual mould, dari jenis plastik mould yang murah, sehinggalah ke polycarbonate mould berjenama yang mahal-mahal belaka.

Oleh kerana mempunyai masa terluang, saya bersama suami (yang juga mempunyai masa terluang akibat ketiadaan kerja di ofis, tak ada projek baru katanya) membuat inisiatif mencari dan merekodkan senarai kedai yang menjual dan membekalkan pelbagai bahan coklat dan juga mould. Bukan apa, sekadar ingin membuat perbandingan harga dan juga untuk menilai dimana untuk mendapatkan bekalan yang serba lengkap.

Walaubagaimana pun, pencarian kami lebih menjurus kepada 'chocolate mould'. Pelbagai tempat telah kami kunjungi, dari Shah Alam (yang paling hampir dengan kediaman) sehingga lah ke Seremban. Hasilnya, membuatkan kami rambang mata! 

Kalau boleh, memang nak beli semua. Maklum lah, banyak yang cantik-cantik dan menarik, tetapi, dengan belanjawan yang 'limited' kami hanya memilih beberapa jenis yang mungkin bisa menawan hati pelanggan.

Suami banyak menekankan supaya penghasilan coklat lebih menjurus kepada bentuk yang dapat memberi anggapan bahawa coklat tersebut sedap dan dapat menarik perhatian pembeli kerana kelainan. Oleh yang demikian, kami banyak memilih mould yang kurang digunakan. Itupun, ia adalah hanya pada anggapan kami. Kuasa memilih sebenar masih terletak pada pembeli coklat kami...

Harap-harap, mould baru dapat memberi sumbangan besar dalam penghasilan coklat akan datang. Terima Kasih.

p.s.: bersambung ke part 2 - gambar mould dan contoh.


No comments:

Post a Comment